Pages

20100929

Gempar! Makcik Teja telah memulakan serangannya!

Siapakah gerangan yang digelar Makcik Teja ini?

Makcik Teja telah diakui popular di kalangan penghuni Kolej Kesinai dan kuasanya memberi nota cinta berwarna kuning tidak pernah disangkal oleh penghuni kolej. Mak cik Teja, nama yang cukup ditakuti jawatannya setanding dengan pengurus asrama kalau di hostel MRSM dulu. Sungguh sinonim dengan kata adjektif garang, menjalankan tanggungjawab dengan efisyen dan amanah. Sering dilihat beruniform biru. Pejabat di Kolej Teja justeru itu kami memanggilnya Mak Cik Teja walaupun namanya bukan Teja binti Ahmad atau sebagainya. Seandainya Mak Cik Teja ini bersara, Mak Cik Teja 2 akan menduduki takhtanya.

Apakah tugas Mak Cik Teja?

Mak Cik Teja menjaga kemudahan kolej siswi-siswi UiTM Arau (Kolej Kesinai) yang paling cantik itu. Sebarang aduan katil patah 3 kali di tempat yang sama, bilik ada anai-anai sehingga pintu almari habis dimakannya, serangan chali mengakibatkan luka kekal waima kebocoran di tandas. Mak Cik Teja sedia membantu anda.

Selain itu, Mak Cik Teja juga mempunyai kuasa unuk menyaman penghuni kolej yang gagal mematuhi peraturan kolej UiTM .
Atas kuasanya, ada yang dirampas rice cooker, toaster dan satu televisyen kecil. HUH! patutlah blok selalu tade karen! pfft!
Barangan elektrik yang tidak mempunyai stiker juga dirampas sehingga bilik anda tiada barang elektrik melainkan yang melekat di dinding dan siling sahaja.
Mak Cik Teja juga didapati pantang melihat kotoran di bilik penghuni kolej. Nescaya akan disaman!

Persiapan menghadapi serangan Mak Cik Teja dan troli barang rampasannya;

1. Tampal stiker barangan elektrik anda. Sekiranya tiada seperti bilik kami, maka sorokkanlah di tempat-tempat rahsia di mana Mak Cik Teja tidak terfikir untuk mencarinya. Jika Mak Cik Teja bertanyakan soalan seperti; "Eh, takkan bilik kamu tak pakai satu pun barang elektrik?"

Maka jawablah dengan bergaya : "Kami adalah manusia bio-nik. Kami mennyalurkan tenaga kepada laptop dan handphone kami. Ion-ion dan cas-cas kami akan memberikan barangan eletrik kami tenaga " Akhiri dengan senyuman.

Ataupun ; " Ibu bapa kami berpegang teguh pada prinsip ; Teknologi membawa kemudaratan Mak Cik! Kami kuat menidakkan kepenggunaan teknologi pada hidup kami!" Akhiri dengan senyuman.

2. Bersihkan bilik kalian dari sawang-sawang, debu-debu (debunga cinta tidak mengapa), dan kotoran-kotoran. Sekiranya malas, seperti bilik kami lagi. Maka persiapkan diri kalian dengan sebab tuntas dan ringkas ;

"Sawang-sawang ini adalah untuk memudahkan labah-labah membuat sarangnya Mak Cik. Kami tidak sampai hati melihat mereka tiada tempat tinggal. Sesungguhnya kami adalah pencinta binatang " Akhiri dengan senyuman.

Ataupun,

" Kami bukan tidak mahu menyapu Mak Cik tetapi cuba Mak Cik fikirkan, sekiranya kami menyapu sampah, pastilah kami akan membuang sampah sapuan kami ke dalam tong sampah besar yang disediakan dan kemudian Mak Cik cleaner susah payah mengangkut sampah-sampah kami turun. Kami sangat kasihankan mereka yang terbeban dengan sampah kami Mak Cik. Justeru, kami membuat keputusan untuk membiarkan sampah di dalam bilik kami Mak Cik" Akhiri dengan senyuman

Atau

" Kami berhasrat unttuk menjadikan bilik kami ruangan kitar semula, Mak Cik" Seperti biasa, akhiri dengan senyuman.

Sedia dengan alasan anda? Bagus!

Heh, belum habis lagi! Ingat nasihat ni free? Sila bayar seikhlas hati. Stiker letrik tak beli lagi ni ha!

2 comments:

akema yazid said...

HAHA..
sungguh gilaa entri ini..;p

Didiey R. said...

akema : Penat semalam menyorok brg letrik. Haha :D