Saya sebenarnya telah berjaya menjadi anak yang rajin. So, siapa mahu masuk meminang, bolehlah mengumpul duit jutaan ringgit (bukan jutaria) dari sekarang . Ehem ehem, mahu buktikah?
Begini, marilah memulakan penceritaan pencernaan, pagi yang bening lagi saya sudah bangun dengan muka yang pening-pening, membasuh kain baju dan memerah keringat memerah baju gara-gara spinning system washing machine yang sudah rosak ,sila salahkan bapa kerana tidak mahu membaiki atas alasan bina otot orang dalam rumah ni. Baik -__-". Saya anak yang solehah, maka saya turutkan. Sambil membasuh baju , sempat lah saya mencuit-cuit adik kesayangan bangun menemankan saya yang bosan tahap gaban. Sampai melalak-lalak lalu terus bangun. Yeahh!
Usai (perghh..ayat kau tanak sastera A+ pulak Didiey?? Proceed..proceed.) Usai mnjemur baju-bajuan di ampaian sambil dengan rela hatinya mengerut-ngerut muka dek panahan UV pagi, saya bikinin sarapan pagi buat bos besar dan adik gomok. (Ni apahal pulak ngomong Jowo ni,) Sarapan pagi terhebat buat masa ini adalah Nasi Goreng Cincai .Fuh, gempak bukan?? Resipi? Eh, saya tak kedekut ilmu. Cuma goreng nasi lebihan semalam dalam kuali yang sama untuk menggoreng telur sebelumnya. Lalu, ketung ketang lah mengikut kreativiti. Mudah, cepat dan CINCAII! Ouh, untuk menambah Umphh! , percikkan kicap barang sebotol dua.
Lepas sarapan, upacara memandi lulur adik sebelum ke sekolahnya adalah perkara yang harus setiap hari. Lulr? Hari-hari? Umpama lah! Takkan lah haku hari-hari nak kunyit,garam kan adik haku tu. Silap-silap lepas lulur rempah sume haku masukkan dalam kuali terus! Setel. HAHAHA .
Pesen kan rambut adik ikut keinginan sendiri dan hantar pegi tunggu bas.
Tengahari, baring depan tv tonton Wanita Hari Ini , masak nasi dengan gigih dan sedap *kening kening*. Tunggu ayah masak lauk.
Ehh! Jangan salah sangka, bukan saya pemalas, ayah je yang rajinnnn. Betull! Tak tipu *geleng secara laju*
Lepas makan, tunaikan kewajipan seorang manusia dan anak yang baik (basuh pinggan sendiri). Itulah yang saya gelarkan Zon Senyap. Tak perlu di elaborate, kau orang paham-paham sendiri!Buat 2-3 jam sampai agak-agak ada orang nak gerak *bunga-bunga*
Ouh, acara malam agak heavy sikit sebab Mem Besar ada kat rumah, kuasa veto suara tu macam melomahkan somangat eden sikit.Sikit je tak banyak KEKEKEKE .
Tengok kartun secara serius, masak makan malam secara serius dan lebih teratur dengan pengawasan Mem Besar dan sesi bercengkerama dengan Mem Besar(secara serius) *termasuk sesi cabut uban TANPA UPAH dan penggosipan setaman* . Online sejam dua (tidak lagi secara serius) . Dan Zon Wajib Senyap Kalau Tak Nak Mak Kau Mengamuk Esok Dia Nak Kerja.
Sekian, tamat sudah diari harian seorang Pencuti Semester. Amacam? Bergaya dan produktif bukan. Sebulan lagi kau tengok lah lemak ternakan yang dijana, pasti mengancam.
Loves,
Saya-takut-gemok.
5 comments:
Okay,esok i datang minang. Gaya dah ada
ouch *malu malau tapi mahu*
ouch *malu malau tapi mahu*
sesi cabut uban TANPA UPAH..
saya selalu buat begitu satu ketika dulu..sekarang tugas itu tugas adek saya pulop..ekekeekeke..;p
Akema : saya belum pencen . pfft!
Post a Comment